Thursday, October 28, 2010

Masuk angin keluar asap..

Ni bukan pasal cite P. Ramlee atau pasal asap (a.s.a.p) yang kat tempat kerja tu...

Aku rase sejak aku kecik-kecik sampai aku masuk asrama, masuk u, kerja. kes ni x setel2 lagi..

Aku x pasti plak benda ni legal atau x
boleh kate banyak kali la aku tengok.
tapi mase aku blaja subjek yang melibatkan pencemaran ni, cikgu aku ade cakap asap yang keluar daripada kilang ni kena dikawal.
Ade la jumlah pengeluaran tertentu yang dihadkan.

Ade pegawai yang akan memantau dan pastikan pengeluaran asap tidak melebihi daripada had dibenarkan.
Aku x tau plak tugas ni sape punya. tapi aku rase orang Jabatan Alam Sekitar boleh jawab.

Asap yang aku nak cite ni asap kilang sawit dekat kampung aku. Sekali di punya asap kuar bukan main banyak lagi. Berkepul-kepul. Time kes jerebu dulu lagi kronik aku rase.

Setakat ni aku rase xde orang komplen kot tapi aku rase asap yang diorang kuarkan ni memang da tahap sangat mencemarkan alam. Kalau aku lalu dekat dengan kilang tu memang akan rase batuk-batuk n sesak nafas. Lagi-lagi time kes jerebu berleluasa rase macam aku kat atas gunung kinabalu tengok kabus. Bezanya bukan kabus tapi asap ataupun partikel terampai di udara (tingat mase blajo subjek Kejuruteraan Alam Sekitar)..haha

Maybe diorang ni ambik mudah. mentang-mentang kampung aku kat kawasan pedalaman. Sume keliling kelape sawit senang-senang je lepas asap macam nak gila..Yela orang luar x nampak xdela kena kompaun.




gambar ni aku amik mase otw balik KL.


gambar ni aku amik mase dalam keta, hari ujan sori kalau x bape nampak.

Tapi kalau ko tengok real memang dasyat la dia punya asap tu.. aku dok kl ni lalu gak kawasan industri tapi xdela sampai camni skali. x agak2 la..

Pasni aku harap pengurus kilang ni hati-hati skit. mane tau kang orang JAS datang cek. Bukan ape aku harap diorang ni ade la kesedaran sikit. Kita kan menuju negara maju dan nak meningkatkan penggunaan teknologi hijau. Selamatkan bumi kita!!!!

No comments:

Post a Comment