Wednesday, December 8, 2010

Danga Bay..Happening Ke?

Baru-baru ni aku sempat singgah kat Danga Bay, Johor Bahru. Sebenarnya, dah banyak kali aku sampai kat sini. tapi bezanya yang dulu-dulu aku datang waktu malam. So kali ni aku sempat pergi waktu siang je.. So ingat nak la usha2 ape yang ade. Sampai kat sane, baru aku perasan Danga Bay ni kalau korang pergi waktu siang takde ape-ape aktiviti pun. Orang pun tak ramai. kalau malam lain lak ceritanya...

Awek-awek pun tak ramai. Ade la 2-3 orang 'couple' tengah lepak-lepak kat tepi jeti. Pemandangan pun biase-biase je. So, akau nasihatkan pada korang yang tak tau, kalau nak datang kat Danga Bay datang waktu malam. Time tu baru happening....Korang boleh menikmati pemandangan lampu yang cantik, awek-awek yang ramai, kalau korang tak malu boleh naik keretapi kecik keliling Danga Bay, nak makan malam ataupun nak shoping...




Kat jeti Danga Bay ni ade banyak kapal layar, tapi satu pun bukan aku punya. Kalau aku ade kemampuan nanti aku ingat akau nak order satu kapal layar ni pastu park kat sini. Muahaha....


Thursday, November 25, 2010

Penginapan Selesa Di Skudai..

Kali ni punya entri aku nak bagi info skit kat korang yang bercadang nak pergi Skudai, JB tapi tak tau nak menginap kat mane. Yela mungkin korang xde saudara mara nak tumpang tau korang segan nak tumpang tido umah dorang.

Mungkin korang nak bawak mak korang atau family atau wife atau suami korang jalan-jalan pergi Danga Bay ke. Danga Bay ni x jauh sangat dengan Skudai. Adela dalam 10 minit kalau korang bawak dengan kelajuan selambe.

Tempat yang aku nak bagitau ni actually kat dalam kawasan Universiti Teknologi Malaysia atau lebih glamer UTM. Kat dalam UTM ni ade tempat penginapan yang sangat berpatutan kalau korang datang lebih daripada 2 orang. Tempat penginapan ni lebih kurang macam apartmen tapi boleh disewa. Lebih kepada rumah penginapan macam yang korang jumpa kat resort-resort yang banyak kat Port Dickson.

Ape kemudahan yang ade dalam ni :-

1) 2 Bilik lengkap dengan kipas/aircond dan kabinet pakaian (boleh pilih)
2) Peti Ais dan Ruang Dapur
3) Bilik Mandi
4) Ruang Tamu lengkap dengan TV dan ASTRO

Kalau korang datang sekeluarga dalam 5-6 orang nak save budget memang tempat ni sangat sesuai sebab masih selesa sebab ade ruang tamu berbanding sewa hotel.

Tapi kalau nak sewa unit apartmen ni aku cadangkan korang ambil yang paling mahal sebab ade air-cond dan cantik. Paling mahal pun unit ni dalam RM170 je semalam. Kalau untuk kakitangan dan pelajar UTM lagi best dapat diskaun harga RM170 jadi RM150. Kalau korang nak dapat murah sikit korang sebenarnya boleh booking awal seminggu sebelum korang menginap.

Harga unit ni kalau x silap aku bermula dari RM100 yang paling murah. Budak-budak yang belajar kat UTM daripada kampus luar JB pun ramai tak tau. Bagi aku ni salah satu penjimatan yang korang bleh buat. Duit lebih bleh shopping kat JB ler.

Macamane korang nak pergi sana :-

1) Korang pergi ke kampus UTM, ikut signboard UTM yang banyak kat tepi jalan.
2) Sampai dekat guard house, tanye pak guard "macamane nak pergi Blok U9, Scholars's Inn".
3) Nanti pak guard akan bagitau arah, korang follow jer.
4) Sampai blok U9 macam biase korang pergi la kaunter nak check in unit mana yang korang suka atau bagitau unit yang korang da booking.

Ni aku letak skit gambar daripada website "Scholar's Inn".



amacam ok kan..
kira berpatutan la dengan harga yang dibayar.

ni gambar yang aku amik sendiri masa aku pergi sana, so korang xler cakap ala gambar website memang cantik pasal nak promote. Ni aku tolong promote tapi tak dibayar pun semata-mata nak membantu sesama kita dan sambil-sambil membantu universiti tempat aku study dulu.

Unit yang aku check-in dengan member-member ni dalam RM130 setelah diskaun RM20. So kalau korang BUKAN kakitangan atau student UTM pun boleh dapat dengan harga RM150 jer. So yang penting korang booking baru dapat bilik best pasal kalau time orang ramai bilik best mesti da kena sebat.

Kalau time nak dekat musim konvo dalam bulan 8 ngan bulan 4 kalau nak booking kena buat sebulan awal. Yela kan ramai sedara-mara student nak datang. Nenek, atuk mak sedara sume datang.



Bilik ni bilik kedua ada 2 single bed. Bilik master ade 1 queen size bed. Korang bleh pilih masa check in.


                                          ruang tamu untuk korang berbual mesra...


                  Pemandangan indah kat luar dalam kawasan universiti. Masa ni di tingkat 6.



                                                                             Bilik ade 2.



Dapur ade peti ais dan cerek elektrik.


Kalau korang suka, korang boleh hubungi :-

Rumah Tamu UTM (U9) - Staf : En. Sulaiman bin Hj. Osman
                              No Telefon : 07-553 5197 / 5195

Thursday, November 11, 2010

Bagaimana Buat Senaman Dengan Dumbell?

Korang pernah tak teringin badan korang ade otot yang berketul-ketul maksud aku yang lelaki la. Ape barang perempuan nak badan berketul-ketul. Kena plak ada 'six pack' kat perut...

Aku rasa mesti ada antara korang yang pernah bercita-cita dan berimpian macam tu..Aku harap impian tu korang cuba jadikan realiti bukan sekadar angan-angan kosong. Mungkin pada pandangan korang dengan badan korang yang ala-ala 'tough' gitu dapat meningkatkan peluang korang meng'adjust' awek. Mungkin ada betulya...

Cara mudah nak melakukan senaman bagi mencantikkan otot tanpa perlu ke gym adalah menggunakan dumbell. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Dalam sebulan korang sebenarnya boleh melihat hasilnya tapi berdasarkan teknik angkatan yang betul dan penjagaan makan.

Tapi untuk mereka yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan mungkin hasilnya lebih lambat.
Aku tak boleh cerita dengan terperinci macamana nak buat tapi korang boleh mulakan dengan beli satu set dumbell sekurang-kurangnya seberat 5kg setiap satu.

Caranya buat angkatan sebanyak 15 kali setiap set untuk tangan kiri dan kanan. Rehat 5 minit. Sambung sehingga 3 set. Setiap set selang seli dengan rehat. Jumlah angkatan perlu dibuat secara secara beransur-ansur. Maksudnya bila korang da biasa dengan 15 angkatan hari ni, esok korang jadikan 20 angkatan.

Korang boleh buat waktu pagi dan petang setiap sesi selama 15-30 minit. Asalkan korang habiskan angkatan da kira boleh berhenti. Kaedah angkatan adalah berbeza untuk bahagian tubuh yang berlainan. Untuk cara angkatan korang boleh cari kat En. Google.

Tapi untuk bahagian abdomen atau perut korang terpaksa buat tekan tubi dan bangkit tubi. Aku cadangkan korang buat 30 kali pagi dan 30 kali petang. Aku boleh confirm korang akan nampak perubahan.

Satu lagi yang paling penting diet korang kena makan ayam dan kurang makan nasi. Hidangan korang makan ayam dua ketul tengahari dan 2 ketul malam bersama nasi. Diet ni sesuai untuk menambah berat badan tapi bukan untuk yang nak jadi ahli bina badan sebab diorang boleh makan lagi dasyat.

Untuk yang ada masalah berat badan berlebihan korang jangan ikut diet di atas tapi kena kurangkan makan sampai mencapai berat badan yang ideal untuk susuk tubuh yang 'tough'.

Untuk pengetahuan susuk tubuh yang aku maksudkan bukan macam model yang jenis kurus kering tapi ala-ala model seluar dalam Calvin Klein gitu. Bukan macam ahli bina badan. Sedang-sedang je macam artis la. Haha...

Untuk panduan, korang rujuk je skala berat dan tinggi yang aku bagi ni...

Tinggi : 1.80m      Berat  : 73kg
Tinggi : 1.78m      Berat  : 71kg
Tinggi : 1.75m      Berat  : 69kg
Tinggi : 1.73m      Berat  : 67kg
Tinggi : 1.70m      Berat  : 64kg

Untuk tinggi yang lebih atau lebih rendah korang buat la interpolasi sendiri macam cikgu matematik korang ajar dulu. Aku cadangkan bila badan korang dah 'tough' korang mungkin perlukan dumbell yang lebih berat.

Aku sebenarnya cuba untuk mendapatkan berat aku yang ideal semula sebab berat badan aku yang dah semakin menurun. Berat badan aku sekarang cuma 60kg. Ketinggian aku 172cm maka berat yang aku perlukan sekitar 65-67kg.



  Berat menunjukkan 60kg khas buat mereka yang tak tahu baca alat penimbang berat.
  Bacaan yang atas dalam kiraan pound.

1kg bersamaan 2.2 pound.

So, kalau korang nak memulakan langkah, aku cadangkan korang boleh beli alat penimbang berat ni supaya korang boleh memantau berat korang setiap hari tanpa gagal...Nak timbang ikan pun boleh..


                   Penimbang berat yang aku gunakan..


Seterusnya dumbell yang dijual sepasang...




         Dumbell yang aku gunakan dengan berat 5kg setiap satu.

Bagi aku inilah cara paling pantas dan mudah kalau korang sangat-sangat malas nak keluar rumah buat senaman atau pergi gym. Lepas ni korang kena pastikan bentuk badan korang menghasilkan bentuk 'V' bukan 'O' lagi...haha..

Tapi kalau korang ada masa korang boleh joint aktiviti seperti kickboxing atau taekwando. Seni mempertahankan diri salah satu aktiviti terbaik untuk mendapatkan bentuk tubuh yang baik selain bersukan dan menari. Aku ingat dulu masa aku joint silat, seluruh tubuh akan digerakkan maka terhasillah otot-otot yang pejal tanpa disangka-sangka...


OK. Selamat Mencuba..Kalau ade perubahan jangan lupa bagitau aku...



Wednesday, November 10, 2010

Apa Makna Kalau Awek Bagi Coklat?

Pernah tak korang bagi bunga, coklat atau teddy bear kat awek korang. Mesti pernah kan...Baik ngaku...haha..

Yela da korang sayang awek korang mestilah bagi kan...lagi-lagi bila korang terkantoi keluar ngan awek lain. Demi menyelamatkan 'rumahtangga' korang dan terpaksa bagi alasan awek yang keluar ngan korang tu adik sepupu je sebenarnye...

tak pun kakak angkat yang paksa korang temankan dia pergi beli hadiah sebab dia tak tau nak pilih....haha..


Tapi awek korang ade x bagi bunga, teddy bear atau coklat kat korang...aku rase la sepanjang aku ber'couple' belum ade lagi..haha..melainkan korang berjiwa sentimentel yang memaksa awek korang bagi hadiah macam tu...

Kalau ade pun mungkin bagi coklat yang awek korang buat sendiri semata-mata nak dapatkan pujian ikhlas dari korang...

Alkisahnya, aku baru je dapat hadiah coklat daripada sorang awek. Boleh tahan jugak orangnya, bak kata kawan aku masa kat universiti dulu, setakat nak bawak pergi KLCC tak malu la...haha teruk betul perangai kawan aku tu...

Awek ni kerja di salah sebuah bank terkenal la jugak. Aku rase korang mesti ade simpan duit banyak kat bank tu. Hadiah yang awek tu bagi sebenarnya tanda ucapan terima kasih dia sebab aku ada pulangkan duit yang terlebih dia bagi kat aku masa buat pengeluaran kat kaunter.

Yela, aku sebenarnya takdela mengharapkan apa-apa balasan sebab aku tau duit yang lebih pada aku dah tentu kurang atau 'short' pada bank. Maka nanti dia yang kena bayar.


ni gambar-gambar hadiah tu....



                 ni beg, coklat kat dalam...



                Kalau tak silap aku banyak gak isi dalam ni....




 Close up sikit.....

Anyway, terima kasih aku ucapkan sekali lagi pada awek yang bernama **** . Memandangkan aku nak tunang bulan depan maka aku terpaksa menahan diri daripada meng'adjust' awek tu walaupun kawan aku cuba untuk meracuni fikiran.... haha...


Nak no tel?

haha....


Saturday, October 30, 2010

Buat Ais Magic....

Aku dapat video ni daripada email yang aku dapat. X ingat daripada siapa. Menarik siot...Buat ais dengan pantas..Bila aku fikir2, kalau korang pegi berkhemah dalam hutan ke. Teringin nak minum air sirap ais ke teh ais ke...on the spot bleh buat..

Tapi yang aku musykilnya betul ke video ni...Actually aku da try 2 kali...tapi x jadi pun. So, kalau korang nak try bleh la try...

Sape yang berjaya 2 ko helo2 la kat aku...nak gak tau tricknye...kalau benda ni betul la...haha. Anyway bleh la try x rugi pe2 pun kan...


Friday, October 29, 2010

A.S.A.P




Bila aku pikir2 balik perkataan ni aku selalu teringat masa aku keje part time...Masa 2 aku baru abis semester SPM . So, sementara menunggu result SPM aku yang lagi 6 bulan nak kuar, aku pun plan nak keje la. Konon2 nak pegang duit sendiri.

Yela budak baru pas SPM dapat pegang duit sendiri da kira best la 2. Ni kira nak tambah pengalaman gak la. Dengan bangganya aku mintak keje kilang. Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar aku pun g interview pastu aku layak diterima bekerja.

Keje aku senang je. Kira stok masuk kira stok kuar n order barang. Atau lebih senang dpanggil storekeeper. Bukan main bangga aku kat kilang 2 sebab pangkat aku lebih besar daripada bangla-bangla yang keje kat kilang 2. hahaha..sempat gak la aku kenal beberapa mat bangla kat situ.

Sampai aku bleh pau la nasik makan tengahari yang dorang masak. Bukan pau sebenarnye.. Dorang ajak aku makan jer...rase2 halal kot pasal dorang sume islam...Satu ari 2 aku dapat la purchase order (P.O)daripada pembekal. Kat bawah sekali ade tulis A.S.A.P.

Dalam ati aku pe benda la asap ni. asal anta P.O je nak asap. Asap lori ker...yang aku tau kumpulan ACAB ade la. Ah...lantakla asalkan x mengganggu kerja aku dah ler...nak tanye aku punye supervisor segan plak..dengan machonye aku buat2 tau jela...

Sampai la aku benti keje lepas aku dapat tawaran masuk u...still aku x paham maksudnye...pas abis u aku pun masuk bekerja kat 1 company kira besar gak la. Pemaju perumahan...So bila time ade surat menyurat yang nak kena buat lagi sekali si A.S.A.P ni ade kat surat 2...pastu ade FYI ade plak FYA....

aku cakap dlm ati dorang ni suke guna bahase halus ke...haha..ni x bleh jadi ni maka dengan hormatnye aku tanye En.Google akan perihal ini...nak tanye member kang termalu plak baik cover...

So, jawapan yang aku dapat mesti korang da tau kan...2 la kali pertama aku dapat tau pasal benda ni...ASAP (as soon as possible), FYI (for your information) n FYA (for your action). Rupa-rupanya singkatan jer...haha

So, pengajaran untuk budak-budak u yang baru nak masuk alam pekerjaan ni, aku yakin korang akan jumpa benda-benda ni. Walaupun korang nampak kecik tapi ini sebenarnye pengetahuan yang korang kena tau. Korang kena tau budaya alam pekerjaan macamane. Kat universiti xde plak aku diajar benda ni..so kena tau sendiri.

Nanti kalau jumpa xlah korang gelabah x tentu pasal...kan kan..macam aku xpe aku steady je...haha

PS : kalau bos korang cakap i ade meeting sok pagi mean ko kena siapkan dokumen arini gak.

Thursday, October 28, 2010

X Puas Ati!!!

Sejak dua menjak ni aku memang x berapa puas ati ngan performance aku... Bukan pasal kerja ke atau pasal ngayat awek. haha.. tapi pasal kegagalan aku menyelesaikan 1 misi. Korang mesti nak tau misi ape kan..

Bukan misi (jururawat) bak kate makcik2 kat kampung aku. Tapi misi menyelesaikan rubik. Korang mesti tau kan ape rubik. Kalau korang x tau pe kate korang tanye En. Google...

Dah macm2 cara dah aku try...x jadi2 gak. Dari pagi sampai petang aku try...skang da nak masuk sebulan aku try x menjadi gak. Bermacam cara aku gunakan. Daripada posisi duduk, berdiri, berbaring sume aku da try...sume gagal.

Ni sume adik aku punya pasal. Sape suruh dia beli rubik ni. X pasal2 aku gila main benda ni siang malam. Aku ingat nak pecah rekod dunia jadi orang paling pantas selesaikan rubik ni. Tapi bila akau tanya En.Google rekod paling pantas main benda ni terus aku tarik balik niat suci murni aku tu. haha..

Dorang main bukan main pantas. Aku ni baru terkedek-kedek nak pusing benda ni. Paling best pun dapat buat 2 sisi je same warne...Ape kate korang yang pandai bagi aku skit tip cane nak main rubik ngan pantas.

kalau da terer nanti bleh la aku tunjuk kat budak-budak tadika sampai mulut dorang ternganga....haha

                                        maybe pasni aku akan cuba kaedah cuba-cuba jaya..

Masuk angin keluar asap..

Ni bukan pasal cite P. Ramlee atau pasal asap (a.s.a.p) yang kat tempat kerja tu...

Aku rase sejak aku kecik-kecik sampai aku masuk asrama, masuk u, kerja. kes ni x setel2 lagi..

Aku x pasti plak benda ni legal atau x
boleh kate banyak kali la aku tengok.
tapi mase aku blaja subjek yang melibatkan pencemaran ni, cikgu aku ade cakap asap yang keluar daripada kilang ni kena dikawal.
Ade la jumlah pengeluaran tertentu yang dihadkan.

Ade pegawai yang akan memantau dan pastikan pengeluaran asap tidak melebihi daripada had dibenarkan.
Aku x tau plak tugas ni sape punya. tapi aku rase orang Jabatan Alam Sekitar boleh jawab.

Asap yang aku nak cite ni asap kilang sawit dekat kampung aku. Sekali di punya asap kuar bukan main banyak lagi. Berkepul-kepul. Time kes jerebu dulu lagi kronik aku rase.

Setakat ni aku rase xde orang komplen kot tapi aku rase asap yang diorang kuarkan ni memang da tahap sangat mencemarkan alam. Kalau aku lalu dekat dengan kilang tu memang akan rase batuk-batuk n sesak nafas. Lagi-lagi time kes jerebu berleluasa rase macam aku kat atas gunung kinabalu tengok kabus. Bezanya bukan kabus tapi asap ataupun partikel terampai di udara (tingat mase blajo subjek Kejuruteraan Alam Sekitar)..haha

Maybe diorang ni ambik mudah. mentang-mentang kampung aku kat kawasan pedalaman. Sume keliling kelape sawit senang-senang je lepas asap macam nak gila..Yela orang luar x nampak xdela kena kompaun.




gambar ni aku amik mase otw balik KL.


gambar ni aku amik mase dalam keta, hari ujan sori kalau x bape nampak.

Tapi kalau ko tengok real memang dasyat la dia punya asap tu.. aku dok kl ni lalu gak kawasan industri tapi xdela sampai camni skali. x agak2 la..

Pasni aku harap pengurus kilang ni hati-hati skit. mane tau kang orang JAS datang cek. Bukan ape aku harap diorang ni ade la kesedaran sikit. Kita kan menuju negara maju dan nak meningkatkan penggunaan teknologi hijau. Selamatkan bumi kita!!!!