Thursday, November 11, 2010

Bagaimana Buat Senaman Dengan Dumbell?

Korang pernah tak teringin badan korang ade otot yang berketul-ketul maksud aku yang lelaki la. Ape barang perempuan nak badan berketul-ketul. Kena plak ada 'six pack' kat perut...

Aku rasa mesti ada antara korang yang pernah bercita-cita dan berimpian macam tu..Aku harap impian tu korang cuba jadikan realiti bukan sekadar angan-angan kosong. Mungkin pada pandangan korang dengan badan korang yang ala-ala 'tough' gitu dapat meningkatkan peluang korang meng'adjust' awek. Mungkin ada betulya...

Cara mudah nak melakukan senaman bagi mencantikkan otot tanpa perlu ke gym adalah menggunakan dumbell. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Dalam sebulan korang sebenarnya boleh melihat hasilnya tapi berdasarkan teknik angkatan yang betul dan penjagaan makan.

Tapi untuk mereka yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan mungkin hasilnya lebih lambat.
Aku tak boleh cerita dengan terperinci macamana nak buat tapi korang boleh mulakan dengan beli satu set dumbell sekurang-kurangnya seberat 5kg setiap satu.

Caranya buat angkatan sebanyak 15 kali setiap set untuk tangan kiri dan kanan. Rehat 5 minit. Sambung sehingga 3 set. Setiap set selang seli dengan rehat. Jumlah angkatan perlu dibuat secara secara beransur-ansur. Maksudnya bila korang da biasa dengan 15 angkatan hari ni, esok korang jadikan 20 angkatan.

Korang boleh buat waktu pagi dan petang setiap sesi selama 15-30 minit. Asalkan korang habiskan angkatan da kira boleh berhenti. Kaedah angkatan adalah berbeza untuk bahagian tubuh yang berlainan. Untuk cara angkatan korang boleh cari kat En. Google.

Tapi untuk bahagian abdomen atau perut korang terpaksa buat tekan tubi dan bangkit tubi. Aku cadangkan korang buat 30 kali pagi dan 30 kali petang. Aku boleh confirm korang akan nampak perubahan.

Satu lagi yang paling penting diet korang kena makan ayam dan kurang makan nasi. Hidangan korang makan ayam dua ketul tengahari dan 2 ketul malam bersama nasi. Diet ni sesuai untuk menambah berat badan tapi bukan untuk yang nak jadi ahli bina badan sebab diorang boleh makan lagi dasyat.

Untuk yang ada masalah berat badan berlebihan korang jangan ikut diet di atas tapi kena kurangkan makan sampai mencapai berat badan yang ideal untuk susuk tubuh yang 'tough'.

Untuk pengetahuan susuk tubuh yang aku maksudkan bukan macam model yang jenis kurus kering tapi ala-ala model seluar dalam Calvin Klein gitu. Bukan macam ahli bina badan. Sedang-sedang je macam artis la. Haha...

Untuk panduan, korang rujuk je skala berat dan tinggi yang aku bagi ni...

Tinggi : 1.80m      Berat  : 73kg
Tinggi : 1.78m      Berat  : 71kg
Tinggi : 1.75m      Berat  : 69kg
Tinggi : 1.73m      Berat  : 67kg
Tinggi : 1.70m      Berat  : 64kg

Untuk tinggi yang lebih atau lebih rendah korang buat la interpolasi sendiri macam cikgu matematik korang ajar dulu. Aku cadangkan bila badan korang dah 'tough' korang mungkin perlukan dumbell yang lebih berat.

Aku sebenarnya cuba untuk mendapatkan berat aku yang ideal semula sebab berat badan aku yang dah semakin menurun. Berat badan aku sekarang cuma 60kg. Ketinggian aku 172cm maka berat yang aku perlukan sekitar 65-67kg.



  Berat menunjukkan 60kg khas buat mereka yang tak tahu baca alat penimbang berat.
  Bacaan yang atas dalam kiraan pound.

1kg bersamaan 2.2 pound.

So, kalau korang nak memulakan langkah, aku cadangkan korang boleh beli alat penimbang berat ni supaya korang boleh memantau berat korang setiap hari tanpa gagal...Nak timbang ikan pun boleh..


                   Penimbang berat yang aku gunakan..


Seterusnya dumbell yang dijual sepasang...




         Dumbell yang aku gunakan dengan berat 5kg setiap satu.

Bagi aku inilah cara paling pantas dan mudah kalau korang sangat-sangat malas nak keluar rumah buat senaman atau pergi gym. Lepas ni korang kena pastikan bentuk badan korang menghasilkan bentuk 'V' bukan 'O' lagi...haha..

Tapi kalau korang ada masa korang boleh joint aktiviti seperti kickboxing atau taekwando. Seni mempertahankan diri salah satu aktiviti terbaik untuk mendapatkan bentuk tubuh yang baik selain bersukan dan menari. Aku ingat dulu masa aku joint silat, seluruh tubuh akan digerakkan maka terhasillah otot-otot yang pejal tanpa disangka-sangka...


OK. Selamat Mencuba..Kalau ade perubahan jangan lupa bagitau aku...