Thursday, October 28, 2010

X Puas Ati!!!

Sejak dua menjak ni aku memang x berapa puas ati ngan performance aku... Bukan pasal kerja ke atau pasal ngayat awek. haha.. tapi pasal kegagalan aku menyelesaikan 1 misi. Korang mesti nak tau misi ape kan..

Bukan misi (jururawat) bak kate makcik2 kat kampung aku. Tapi misi menyelesaikan rubik. Korang mesti tau kan ape rubik. Kalau korang x tau pe kate korang tanye En. Google...

Dah macm2 cara dah aku try...x jadi2 gak. Dari pagi sampai petang aku try...skang da nak masuk sebulan aku try x menjadi gak. Bermacam cara aku gunakan. Daripada posisi duduk, berdiri, berbaring sume aku da try...sume gagal.

Ni sume adik aku punya pasal. Sape suruh dia beli rubik ni. X pasal2 aku gila main benda ni siang malam. Aku ingat nak pecah rekod dunia jadi orang paling pantas selesaikan rubik ni. Tapi bila akau tanya En.Google rekod paling pantas main benda ni terus aku tarik balik niat suci murni aku tu. haha..

Dorang main bukan main pantas. Aku ni baru terkedek-kedek nak pusing benda ni. Paling best pun dapat buat 2 sisi je same warne...Ape kate korang yang pandai bagi aku skit tip cane nak main rubik ngan pantas.

kalau da terer nanti bleh la aku tunjuk kat budak-budak tadika sampai mulut dorang ternganga....haha

                                        maybe pasni aku akan cuba kaedah cuba-cuba jaya..

Masuk angin keluar asap..

Ni bukan pasal cite P. Ramlee atau pasal asap (a.s.a.p) yang kat tempat kerja tu...

Aku rase sejak aku kecik-kecik sampai aku masuk asrama, masuk u, kerja. kes ni x setel2 lagi..

Aku x pasti plak benda ni legal atau x
boleh kate banyak kali la aku tengok.
tapi mase aku blaja subjek yang melibatkan pencemaran ni, cikgu aku ade cakap asap yang keluar daripada kilang ni kena dikawal.
Ade la jumlah pengeluaran tertentu yang dihadkan.

Ade pegawai yang akan memantau dan pastikan pengeluaran asap tidak melebihi daripada had dibenarkan.
Aku x tau plak tugas ni sape punya. tapi aku rase orang Jabatan Alam Sekitar boleh jawab.

Asap yang aku nak cite ni asap kilang sawit dekat kampung aku. Sekali di punya asap kuar bukan main banyak lagi. Berkepul-kepul. Time kes jerebu dulu lagi kronik aku rase.

Setakat ni aku rase xde orang komplen kot tapi aku rase asap yang diorang kuarkan ni memang da tahap sangat mencemarkan alam. Kalau aku lalu dekat dengan kilang tu memang akan rase batuk-batuk n sesak nafas. Lagi-lagi time kes jerebu berleluasa rase macam aku kat atas gunung kinabalu tengok kabus. Bezanya bukan kabus tapi asap ataupun partikel terampai di udara (tingat mase blajo subjek Kejuruteraan Alam Sekitar)..haha

Maybe diorang ni ambik mudah. mentang-mentang kampung aku kat kawasan pedalaman. Sume keliling kelape sawit senang-senang je lepas asap macam nak gila..Yela orang luar x nampak xdela kena kompaun.




gambar ni aku amik mase otw balik KL.


gambar ni aku amik mase dalam keta, hari ujan sori kalau x bape nampak.

Tapi kalau ko tengok real memang dasyat la dia punya asap tu.. aku dok kl ni lalu gak kawasan industri tapi xdela sampai camni skali. x agak2 la..

Pasni aku harap pengurus kilang ni hati-hati skit. mane tau kang orang JAS datang cek. Bukan ape aku harap diorang ni ade la kesedaran sikit. Kita kan menuju negara maju dan nak meningkatkan penggunaan teknologi hijau. Selamatkan bumi kita!!!!