Thursday, November 25, 2010

Penginapan Selesa Di Skudai..

Kali ni punya entri aku nak bagi info skit kat korang yang bercadang nak pergi Skudai, JB tapi tak tau nak menginap kat mane. Yela mungkin korang xde saudara mara nak tumpang tau korang segan nak tumpang tido umah dorang.

Mungkin korang nak bawak mak korang atau family atau wife atau suami korang jalan-jalan pergi Danga Bay ke. Danga Bay ni x jauh sangat dengan Skudai. Adela dalam 10 minit kalau korang bawak dengan kelajuan selambe.

Tempat yang aku nak bagitau ni actually kat dalam kawasan Universiti Teknologi Malaysia atau lebih glamer UTM. Kat dalam UTM ni ade tempat penginapan yang sangat berpatutan kalau korang datang lebih daripada 2 orang. Tempat penginapan ni lebih kurang macam apartmen tapi boleh disewa. Lebih kepada rumah penginapan macam yang korang jumpa kat resort-resort yang banyak kat Port Dickson.

Ape kemudahan yang ade dalam ni :-

1) 2 Bilik lengkap dengan kipas/aircond dan kabinet pakaian (boleh pilih)
2) Peti Ais dan Ruang Dapur
3) Bilik Mandi
4) Ruang Tamu lengkap dengan TV dan ASTRO

Kalau korang datang sekeluarga dalam 5-6 orang nak save budget memang tempat ni sangat sesuai sebab masih selesa sebab ade ruang tamu berbanding sewa hotel.

Tapi kalau nak sewa unit apartmen ni aku cadangkan korang ambil yang paling mahal sebab ade air-cond dan cantik. Paling mahal pun unit ni dalam RM170 je semalam. Kalau untuk kakitangan dan pelajar UTM lagi best dapat diskaun harga RM170 jadi RM150. Kalau korang nak dapat murah sikit korang sebenarnya boleh booking awal seminggu sebelum korang menginap.

Harga unit ni kalau x silap aku bermula dari RM100 yang paling murah. Budak-budak yang belajar kat UTM daripada kampus luar JB pun ramai tak tau. Bagi aku ni salah satu penjimatan yang korang bleh buat. Duit lebih bleh shopping kat JB ler.

Macamane korang nak pergi sana :-

1) Korang pergi ke kampus UTM, ikut signboard UTM yang banyak kat tepi jalan.
2) Sampai dekat guard house, tanye pak guard "macamane nak pergi Blok U9, Scholars's Inn".
3) Nanti pak guard akan bagitau arah, korang follow jer.
4) Sampai blok U9 macam biase korang pergi la kaunter nak check in unit mana yang korang suka atau bagitau unit yang korang da booking.

Ni aku letak skit gambar daripada website "Scholar's Inn".



amacam ok kan..
kira berpatutan la dengan harga yang dibayar.

ni gambar yang aku amik sendiri masa aku pergi sana, so korang xler cakap ala gambar website memang cantik pasal nak promote. Ni aku tolong promote tapi tak dibayar pun semata-mata nak membantu sesama kita dan sambil-sambil membantu universiti tempat aku study dulu.

Unit yang aku check-in dengan member-member ni dalam RM130 setelah diskaun RM20. So kalau korang BUKAN kakitangan atau student UTM pun boleh dapat dengan harga RM150 jer. So yang penting korang booking baru dapat bilik best pasal kalau time orang ramai bilik best mesti da kena sebat.

Kalau time nak dekat musim konvo dalam bulan 8 ngan bulan 4 kalau nak booking kena buat sebulan awal. Yela kan ramai sedara-mara student nak datang. Nenek, atuk mak sedara sume datang.



Bilik ni bilik kedua ada 2 single bed. Bilik master ade 1 queen size bed. Korang bleh pilih masa check in.


                                          ruang tamu untuk korang berbual mesra...


                  Pemandangan indah kat luar dalam kawasan universiti. Masa ni di tingkat 6.



                                                                             Bilik ade 2.



Dapur ade peti ais dan cerek elektrik.


Kalau korang suka, korang boleh hubungi :-

Rumah Tamu UTM (U9) - Staf : En. Sulaiman bin Hj. Osman
                              No Telefon : 07-553 5197 / 5195

Thursday, November 11, 2010

Bagaimana Buat Senaman Dengan Dumbell?

Korang pernah tak teringin badan korang ade otot yang berketul-ketul maksud aku yang lelaki la. Ape barang perempuan nak badan berketul-ketul. Kena plak ada 'six pack' kat perut...

Aku rasa mesti ada antara korang yang pernah bercita-cita dan berimpian macam tu..Aku harap impian tu korang cuba jadikan realiti bukan sekadar angan-angan kosong. Mungkin pada pandangan korang dengan badan korang yang ala-ala 'tough' gitu dapat meningkatkan peluang korang meng'adjust' awek. Mungkin ada betulya...

Cara mudah nak melakukan senaman bagi mencantikkan otot tanpa perlu ke gym adalah menggunakan dumbell. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Dalam sebulan korang sebenarnya boleh melihat hasilnya tapi berdasarkan teknik angkatan yang betul dan penjagaan makan.

Tapi untuk mereka yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan mungkin hasilnya lebih lambat.
Aku tak boleh cerita dengan terperinci macamana nak buat tapi korang boleh mulakan dengan beli satu set dumbell sekurang-kurangnya seberat 5kg setiap satu.

Caranya buat angkatan sebanyak 15 kali setiap set untuk tangan kiri dan kanan. Rehat 5 minit. Sambung sehingga 3 set. Setiap set selang seli dengan rehat. Jumlah angkatan perlu dibuat secara secara beransur-ansur. Maksudnya bila korang da biasa dengan 15 angkatan hari ni, esok korang jadikan 20 angkatan.

Korang boleh buat waktu pagi dan petang setiap sesi selama 15-30 minit. Asalkan korang habiskan angkatan da kira boleh berhenti. Kaedah angkatan adalah berbeza untuk bahagian tubuh yang berlainan. Untuk cara angkatan korang boleh cari kat En. Google.

Tapi untuk bahagian abdomen atau perut korang terpaksa buat tekan tubi dan bangkit tubi. Aku cadangkan korang buat 30 kali pagi dan 30 kali petang. Aku boleh confirm korang akan nampak perubahan.

Satu lagi yang paling penting diet korang kena makan ayam dan kurang makan nasi. Hidangan korang makan ayam dua ketul tengahari dan 2 ketul malam bersama nasi. Diet ni sesuai untuk menambah berat badan tapi bukan untuk yang nak jadi ahli bina badan sebab diorang boleh makan lagi dasyat.

Untuk yang ada masalah berat badan berlebihan korang jangan ikut diet di atas tapi kena kurangkan makan sampai mencapai berat badan yang ideal untuk susuk tubuh yang 'tough'.

Untuk pengetahuan susuk tubuh yang aku maksudkan bukan macam model yang jenis kurus kering tapi ala-ala model seluar dalam Calvin Klein gitu. Bukan macam ahli bina badan. Sedang-sedang je macam artis la. Haha...

Untuk panduan, korang rujuk je skala berat dan tinggi yang aku bagi ni...

Tinggi : 1.80m      Berat  : 73kg
Tinggi : 1.78m      Berat  : 71kg
Tinggi : 1.75m      Berat  : 69kg
Tinggi : 1.73m      Berat  : 67kg
Tinggi : 1.70m      Berat  : 64kg

Untuk tinggi yang lebih atau lebih rendah korang buat la interpolasi sendiri macam cikgu matematik korang ajar dulu. Aku cadangkan bila badan korang dah 'tough' korang mungkin perlukan dumbell yang lebih berat.

Aku sebenarnya cuba untuk mendapatkan berat aku yang ideal semula sebab berat badan aku yang dah semakin menurun. Berat badan aku sekarang cuma 60kg. Ketinggian aku 172cm maka berat yang aku perlukan sekitar 65-67kg.



  Berat menunjukkan 60kg khas buat mereka yang tak tahu baca alat penimbang berat.
  Bacaan yang atas dalam kiraan pound.

1kg bersamaan 2.2 pound.

So, kalau korang nak memulakan langkah, aku cadangkan korang boleh beli alat penimbang berat ni supaya korang boleh memantau berat korang setiap hari tanpa gagal...Nak timbang ikan pun boleh..


                   Penimbang berat yang aku gunakan..


Seterusnya dumbell yang dijual sepasang...




         Dumbell yang aku gunakan dengan berat 5kg setiap satu.

Bagi aku inilah cara paling pantas dan mudah kalau korang sangat-sangat malas nak keluar rumah buat senaman atau pergi gym. Lepas ni korang kena pastikan bentuk badan korang menghasilkan bentuk 'V' bukan 'O' lagi...haha..

Tapi kalau korang ada masa korang boleh joint aktiviti seperti kickboxing atau taekwando. Seni mempertahankan diri salah satu aktiviti terbaik untuk mendapatkan bentuk tubuh yang baik selain bersukan dan menari. Aku ingat dulu masa aku joint silat, seluruh tubuh akan digerakkan maka terhasillah otot-otot yang pejal tanpa disangka-sangka...


OK. Selamat Mencuba..Kalau ade perubahan jangan lupa bagitau aku...



Wednesday, November 10, 2010

Apa Makna Kalau Awek Bagi Coklat?

Pernah tak korang bagi bunga, coklat atau teddy bear kat awek korang. Mesti pernah kan...Baik ngaku...haha..

Yela da korang sayang awek korang mestilah bagi kan...lagi-lagi bila korang terkantoi keluar ngan awek lain. Demi menyelamatkan 'rumahtangga' korang dan terpaksa bagi alasan awek yang keluar ngan korang tu adik sepupu je sebenarnye...

tak pun kakak angkat yang paksa korang temankan dia pergi beli hadiah sebab dia tak tau nak pilih....haha..


Tapi awek korang ade x bagi bunga, teddy bear atau coklat kat korang...aku rase la sepanjang aku ber'couple' belum ade lagi..haha..melainkan korang berjiwa sentimentel yang memaksa awek korang bagi hadiah macam tu...

Kalau ade pun mungkin bagi coklat yang awek korang buat sendiri semata-mata nak dapatkan pujian ikhlas dari korang...

Alkisahnya, aku baru je dapat hadiah coklat daripada sorang awek. Boleh tahan jugak orangnya, bak kata kawan aku masa kat universiti dulu, setakat nak bawak pergi KLCC tak malu la...haha teruk betul perangai kawan aku tu...

Awek ni kerja di salah sebuah bank terkenal la jugak. Aku rase korang mesti ade simpan duit banyak kat bank tu. Hadiah yang awek tu bagi sebenarnya tanda ucapan terima kasih dia sebab aku ada pulangkan duit yang terlebih dia bagi kat aku masa buat pengeluaran kat kaunter.

Yela, aku sebenarnya takdela mengharapkan apa-apa balasan sebab aku tau duit yang lebih pada aku dah tentu kurang atau 'short' pada bank. Maka nanti dia yang kena bayar.


ni gambar-gambar hadiah tu....



                 ni beg, coklat kat dalam...



                Kalau tak silap aku banyak gak isi dalam ni....




 Close up sikit.....

Anyway, terima kasih aku ucapkan sekali lagi pada awek yang bernama **** . Memandangkan aku nak tunang bulan depan maka aku terpaksa menahan diri daripada meng'adjust' awek tu walaupun kawan aku cuba untuk meracuni fikiran.... haha...


Nak no tel?

haha....