Thursday, November 25, 2010

Penginapan Selesa Di Skudai..

Kali ni punya entri aku nak bagi info skit kat korang yang bercadang nak pergi Skudai, JB tapi tak tau nak menginap kat mane. Yela mungkin korang xde saudara mara nak tumpang tau korang segan nak tumpang tido umah dorang.

Mungkin korang nak bawak mak korang atau family atau wife atau suami korang jalan-jalan pergi Danga Bay ke. Danga Bay ni x jauh sangat dengan Skudai. Adela dalam 10 minit kalau korang bawak dengan kelajuan selambe.

Tempat yang aku nak bagitau ni actually kat dalam kawasan Universiti Teknologi Malaysia atau lebih glamer UTM. Kat dalam UTM ni ade tempat penginapan yang sangat berpatutan kalau korang datang lebih daripada 2 orang. Tempat penginapan ni lebih kurang macam apartmen tapi boleh disewa. Lebih kepada rumah penginapan macam yang korang jumpa kat resort-resort yang banyak kat Port Dickson.

Ape kemudahan yang ade dalam ni :-

1) 2 Bilik lengkap dengan kipas/aircond dan kabinet pakaian (boleh pilih)
2) Peti Ais dan Ruang Dapur
3) Bilik Mandi
4) Ruang Tamu lengkap dengan TV dan ASTRO

Kalau korang datang sekeluarga dalam 5-6 orang nak save budget memang tempat ni sangat sesuai sebab masih selesa sebab ade ruang tamu berbanding sewa hotel.

Tapi kalau nak sewa unit apartmen ni aku cadangkan korang ambil yang paling mahal sebab ade air-cond dan cantik. Paling mahal pun unit ni dalam RM170 je semalam. Kalau untuk kakitangan dan pelajar UTM lagi best dapat diskaun harga RM170 jadi RM150. Kalau korang nak dapat murah sikit korang sebenarnya boleh booking awal seminggu sebelum korang menginap.

Harga unit ni kalau x silap aku bermula dari RM100 yang paling murah. Budak-budak yang belajar kat UTM daripada kampus luar JB pun ramai tak tau. Bagi aku ni salah satu penjimatan yang korang bleh buat. Duit lebih bleh shopping kat JB ler.

Macamane korang nak pergi sana :-

1) Korang pergi ke kampus UTM, ikut signboard UTM yang banyak kat tepi jalan.
2) Sampai dekat guard house, tanye pak guard "macamane nak pergi Blok U9, Scholars's Inn".
3) Nanti pak guard akan bagitau arah, korang follow jer.
4) Sampai blok U9 macam biase korang pergi la kaunter nak check in unit mana yang korang suka atau bagitau unit yang korang da booking.

Ni aku letak skit gambar daripada website "Scholar's Inn".



amacam ok kan..
kira berpatutan la dengan harga yang dibayar.

ni gambar yang aku amik sendiri masa aku pergi sana, so korang xler cakap ala gambar website memang cantik pasal nak promote. Ni aku tolong promote tapi tak dibayar pun semata-mata nak membantu sesama kita dan sambil-sambil membantu universiti tempat aku study dulu.

Unit yang aku check-in dengan member-member ni dalam RM130 setelah diskaun RM20. So kalau korang BUKAN kakitangan atau student UTM pun boleh dapat dengan harga RM150 jer. So yang penting korang booking baru dapat bilik best pasal kalau time orang ramai bilik best mesti da kena sebat.

Kalau time nak dekat musim konvo dalam bulan 8 ngan bulan 4 kalau nak booking kena buat sebulan awal. Yela kan ramai sedara-mara student nak datang. Nenek, atuk mak sedara sume datang.



Bilik ni bilik kedua ada 2 single bed. Bilik master ade 1 queen size bed. Korang bleh pilih masa check in.


                                          ruang tamu untuk korang berbual mesra...


                  Pemandangan indah kat luar dalam kawasan universiti. Masa ni di tingkat 6.



                                                                             Bilik ade 2.



Dapur ade peti ais dan cerek elektrik.


Kalau korang suka, korang boleh hubungi :-

Rumah Tamu UTM (U9) - Staf : En. Sulaiman bin Hj. Osman
                              No Telefon : 07-553 5197 / 5195

No comments:

Post a Comment